Saya pun ada perasaan jugak
Assalamualaikum . Wei , aku doakan kau bahagia dengan buah hati kau . Tapi aku pelik lah , kenapa dan perlu ke kau bercinta dengan orang yang tak sebaya dengan kau ?? Dah la perempuan tak sesuai kalau ikut umur . Itu dari segi pandangan aku jela . Tapi kalau tu dah jodoh kau , aku nak buat apa lagi kan , hanya mampu tersenyum sahaja lah . Aku betul-2 ingat yang kau akan pilih aku . Kau tahu tak , lepas kau jawab je soalan aku yang kau suka aku lebih dari kawan , aku gembira gila-gila lah . Tapi bila keesokannya , aku tengok kau dah relationship dengan perempuan tu . Hmm , hati aku hancur wei , hancur ... masuk ni dah dua lelaki yang aku harapkan , tolak aku macam angin . Hmm , aku tahu lah aku bukan perempuan yang kau cari . Aku tak lawa , tak cantik , mata pun tak bulat , kulit tak seputih gebu . Arhhh , aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah . Aku hanya mampu berdoa jela . Kadang-2 aku terfikir jugak , macam aku nak tarik perhatian lelaki , tapi aku ada ingat pesanan kawan aku , 'Kalau kau bersabar , semua benda kau akan dapat .. tak kesah la apa benda sekali pun ' . Thanks kawan =D
◀ ▶